Program
Pertandingan Inovasi Pelajar USIM (SiC’11) merupakan salah satu usaha untuk
merealisasikan matlamat ke empat penubuhan USIM iaitu Meneroka dan Mengembalikan Tradisi Keilmuan Islam Yang Terbilang Sesuai
Dengan Persekitaran dan Teknologi Terkini.
Kejayaan
penganjuran Ekspo Inovasi Islam yang dianjurkan kali pertama pada 26 hingga 28
September 2010 serta sambutan dan maklumbalas yang baik dari kalangan pelajar
mahupun staf akademik dan penyelidik di peringkat Institusi Pengajian Tinggi
Tempatan (IPT), maka pertandingan peringkat USIM perlu diadakan terlebih
dahulu.
Sehubungan
itu, pada tahun 2011, pihak pengurusan USIM telah meluluskan permohonan FST
untuk menganjurkan SiC’11 dengan kerjasama Fakulti-Fakulti dan Pusat Pengurusan
Penyelidikan (PPP) pada 12 dan 13 April 2011. Sebanyak 64 penyertaan telah
diterima daripada pelajar peringkat Pra Siswazah dan juga Siswazah.
Sehubungan
dengan itu pihak FST, USIM berhasrat untuk menganjurkan sekali lagi Pertandingan
Inovasi Pelajar USIM edisi 2012 (SiC’12). Tujuan penganjuran SiC’12 adalah sebagai
platform untuk menggalakan perkembangan inovasi dan kreativiti para pelajar USIM. Pihak penganjur berharap
SiC’12 akan dapat bekerjasama lagi dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP),
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dan juga
Fakulti-Fakulti.
Kejayaan
program ini bukan sahaja memenuhi matlamat USIM untuk mengembalikan tradisi
keilmuan Islam malahan dapat mencungkil, mengenengahkan serta merangsang idea
yang inovatif dan kreatif dalam pembangunan produk Islam di kalangan para
pelajar USIM seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan dalam membudayakan
inovasi dan kreativiti.
OBJEKTIF
Pertandingan ini bertujuan:
- Sebagai wadah untuk memperlihatkan potensi sebenar pelajar-pelajar USIM selaras dengan visi, misi dan matlamat Universiti.
- Menggalakkan aktiviti kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar USIM bagi meningkatkan kualiti pelajar USIM dalam menyumbang kepada pembangunan ummah sejagat.
- Medan pemilihan wakil-wakil pelajar USIM ke pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan (NRIC) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Pertandingan Malaysia Inovatif oleh MOSTI, Karnival Inovasi Islam anjuran JAKIM dan sebagainya.
JAWAHIR (DOMAIN)
- Halal Compliance
- Science, Technology & Health
- Secure Knowledge Technology and Services
- Islamic Wealth Management
- Ulum Islamiyah & Ummah Development
TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh :
23 Mei 2012
Tempat :
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS)
KERJASAMA
Pusat Pengurusan Penyelidikan
Pusat Pengajian Siswazah USIM
Pusat pengajian Teras dan Antarabangsa
Fakulti-fakulti lain
Pusat Pengajian Siswazah USIM
Pusat pengajian Teras dan Antarabangsa
Fakulti-fakulti lain

No comments:
Post a Comment